TANJONG MALIM: PLUS Malaysia Berhad menambah baik laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan 18 lokasi strategik bagi memastikan aliran trafik lancar bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka bentuk serta kuantiti.
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda itu sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi Smart Lane di antara Slim River - Sungkai di KM367.3 - KM354 (arah utara) dekat sini semalam.
Laluan Smart Lane diperkenalkan untuk menambah kapasiti lorong di laluan yang dikenal pasti, membantu menyuraikan kesesakan pada waktu puncak dan meningkatkan kelancaran perjalanan sepanjang lebuh raya.
Sementara itu, Mohd Yusuf berkata menjadi satu kesalahan jika mana-mana pihak menyalahgunakan lorong kecemasan kerana perkara itu tertakluk kepada undang-undang sedia ada.
Justeru, Mohd Yusuf memohon kerjasama daripada kesemua pengguna lebuh raya supaya memberi laluan kepada mereka yang berada dalam kecemasan antaranya polis dan ambulans ketika menggunakan Smart Lane.
Selain itu, beliau turut menasihati pengguna lebuh raya itu supaya merancang perjalanan sebaik-baiknya dengan memilih tarikh dan masa sesuai untuk memulakan perjalanan masing-masing.
Pemandu juga dinasihat mempersiapkan diri sendiri untuk memandu lebih lama daripada biasa serta memastkan kad pembayaran mempunyai baki mencukupi.
Katanya, maklumat trafik boleh diperoleh dengan memuat turun Aplikasi PLUS, atau mengikuti akaun X@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, VMS di lokasi-lokasi terpilih dan talian PLUSLine 1800-88-0000.
PLUS sebelum ini menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 8, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.
Peningkatan pengguna lebuh raya itu juga susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Mohd Yusuf pada sidang media ketika meninjau lokasi Smart Lane di antara Slim River-Sungkai di KM367.3-KM354 (arah Utara), Tanjong Malim, 5 Apr 2024. --fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Trafik di lebuh raya utama sesak
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.
PLUS tambah baik Smart Lane sempena Aidilfitri
Antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka bentuk serta kuantiti.
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM
Memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.